50 cedera, 9 maut. Rakaman video oleh jurugambar amatur. =(
Showing posts with label Ini Sangat Tragedi. Show all posts

Sunday, September 18, 2011
Thursday, September 15, 2011
Ini Sangat Tragedi : Kemalangan Keretapi Di Chennai India (Tren VS Tren)
Negara India memiliki jaringan rangkaian landasan keretapi terbesar di dunia. Namun begitu, mereka juga turut mengalami kadar kemalangan keretapi tertinggi di dunia. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja kemalangan keretapi berlaku.
Kebanyakan punca kemalangan adalah kerana "Human Error". Pemandu keretapi langsung tidak menghiraukan signal dan gagal mengikuti had kelajuan yang ditetapkan sampaikan keretapi tersebut boleh memecut sehingga 90 km/j di kawasan had laju hanya 15 km/j.
Tragedi kemalangan keretapi terbaru di Chennai pada 13 September lepas menyaksikan sebuah keretapi penumpang menghentam sebuah keretapi pengakut alat tulis menyebabkan 5 gerabak terbabas. Sekurang-kurangnya 9 orang maut dan 100 yang lain cedera.
Edit : Masa tulis entry ni aku ada kat kedai mamak. Seorang pekerja kedai datang dan tanya pasal kejadian ni selepas ternampak aku entry ni. He look disappointed after I explain it to him ~
Sumber
Sumber 2

Saturday, July 23, 2011
Ini Sangat Tragedi : Kem Belia Di Norway Jadi Medan Pertumpahan Darah (92 Jiwa Terkorban)
Gua tak dapat memikirkan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kejahatan dan penganiayaan yang dilakukan ke atas para belia di Norway. Seramai lebih 92 orang remaja dilaporkan mati akibat 'massacre' yang berlaku di sebuah pulau di Norway. Suspek yang berpakaian seragam polis mendekati para peserta lalu berkata "saya anggota polis, saya di sini untuk membantu..." sebelum menembak secara rambang ke arah mereka mengakibatkan suasana tenang dan damai bertukar menjadi huru-hara dan kacau bilau.
Bagai dirasuk syaitan, berpuluh-puluh remaja telah ditembak mati dalam masa yang singkat. Suspek dikatakan telah masuk ke dalam khemah di mana terdapat ramai mangsa yang cuba bersembunyi, men-zip-kan khemah sebelum menembak mati kesemua mangsa. Suspek turut menembak mati para peserta yang cuba berenang ke laut untuk menyelamatkan diri. Sangat SADIS!
Adrian Pracon, petugas di kem berkenaan yang terkena tembakan di bahagian bahu sempat melihat bagaimana kawan-kawannya ditembak mati di depan matanya. Ketika ditemuramah di hospital di Oslo, beliau memberitahu wartawan bahawa suspek memekik "kamu semua akan mati, semua akan berakhir dengan mati!"
+ Suspek walaubagaimanapun telah di tahan bersama sebilah pisau di sebuah hotel berhampiran, di mana berhimpunnya ramai mangsa tragedi yang terselamat.

![]() |
| Lokasi Pulau |
![]() |
| Suasana damai sebelum tragedi tercetus |
Subscribe to:
Posts (Atom)