Dia pernah meraih anugerah sebagai Screen Actors Guild Award paling muda pada tahun 2002. Ketika itu beliau baru berusia tujuh tahun (masa korang umur tujuh tahun korang dapat apa?)
Populariti gadis cilik ini terus mencanak naik selepas membintangi siri 'Twilight : New Moon' disamping Robert Pattison dan Kristen Stewart. Beliau kini telah melonjak usia tujuh belas tahun.
LOL, jangan salah anggap. Ini bukan rumah tumpangan untuk anjing gergasi. Tetapi ini adalah 'guesthouse' unik yang dibina oleh artis 'chainsaw' Dennis Sullivan dan isterinya Frances Conklin. Dennis & Frances mula mengukir miniatur anjing jenis beagle sepenuh masa sejak 28 tahun yang lalu telah membina rumah tumpangan yang diberi nama 'Sweet Willy' atau 'Dog Bark Park Inn' yang kini menjadi arkitektur popular di kalangan pelancong dan pengembara di Amerika.
Bukan sekadar rumah tumpangan biasa, Sweet Willy menawarkan pengalaman penginapan yang menarik. Dengan bayaran $92 semalam, anda akan disediakan bilik rehat yang selesa serta homemade granola dan pastries selain berpeluang menghayati koleksi miniatur beagle karya Dennis & France yang sememangnya unik.
ALAMOGORDO dikejutkan dengan kelantangan seorang lelaki yang menyewa satu billboard mengecam tindakan ex-girlfren beliau yang menggugurkan bayi mereka tanpa persetujuannya. Billboard yang bertulis "This Would Have Been A Picture Of My 2-Month Old Baby If The Mother Had Decided To Not KILL Our Child!" itu telah mencetuskan pertelagahan dan debat antara 'kebebasan bersuara' dan 'hak peribadi'.
Greg Fult, 35 tahun dari New Mexico telah disaman oleh bekas aweks beliau, Nani Lawrence atas alasan melanggar 'hak privacy' dan mahkamah telah mengarahkan billboard tersebut diturunkan segera. Walaubagaimanapun, Gerg dan peguamnya akan mempertahankan tindakan beliau atas alasan 'kebebasan bersuara'.
- Menurut rakan Nani pula, dia mengalami 'miscarriage' dan bukannya sengaja menggugurkan kandungan tersebut. Hmm...
Sama ada 'kebebasan bersuara' atau 'hak peribadi', bagi aku ini semua berpunca dari masalah komunikasi dan kurang rasa hormat menghormati. Kepada Greg dan Nani, sila dengar lagu 'Kekanda Adinda' nyanyian Loque dan Atilia. LOL...
Aku salah seorang peminat permainan Angry Birds dan Angry Birds adalah peminat aku (ok ~).. Dari pada sebuah permainan mobile digital yang biasa, Angry Birds tiba-tiba mencetus fenomena apabila 12 juta salinan permainan tersebut telah dirembat (beli la maksudnye tu) dari Apple's Apps store.
Setelah aku selidik, rupa-rupanya ada beberapa fakta menarik (kalau korang rasa tak menarik tak taulah...) di sebalik kejayaan Angry Birds. Hmm...
Angry Birds dibangunkan oleh sekumpulan empat orang staff dan mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan kerana ia dianggap sebagai permainan yang picisan kepada syarikat.
Kos untuk membangunkan permainan ini kurang dari £70,000. Kira murah la tu. Game lain makan juta-juta (agaknye).
Antara peminat Angry Birds termasuklah selebriti popular seperti David Cameron, Paul Gascoigne, Kylie Minogue, Conan O’Brien dan Jon Hamm, Mad Men’s Don Draper.
Ia terjual lebih tujuh juta salinan pada iPhone sahaja.
Permainan Angry Birds akan dimuatkan di Facebook pada tahun ini (2011).
Pengeluar permainan mobile, Rovio Mobile telah menghasilkan lebih 50 buah game dengan kejayaan kecil sebelum mendapat durian runtuh dengan Angry Birds.
Angry Birds versi beta untuk Android dimuat turun lebih 1 juta kali dalam masa 3 minggu.
20 jenis boneka Angry Birds akan menyerang pasaran pada tahun ini (2011).
Peter Vesterbacka, jurucakap rasmi Rovio menyandang jawatan yang diberi nama 'Mighty Eagle'.
Salah seorang penguji permainan Rovio digelar 'Rovio Killer' kerana terlalu teruk dalam permianan.
Korang suka kumpul jam ekslusif dengan harga tak masuk akal. Mungkin jam antik erotik yang ditempa di Switzerland pada kurun ke 18 dan 19 ini menjadi pilihan korang. Terdapat lebih 33 jam antik erotik yang akan di lelong di rumah lelong Geneva pada hujung minggu ini untuk di rembat. Harga di antara RM 210,000 hingga RM 270,000. Jutawan MLM yang kaya gila khinzir tu boleh pertimbangkan jam ni, stylo beb.
Masa tadika dulu, cikgu ajar buat origami burung. Semua orang jadi excited dan semua orang berjaya menghasilkan origami burung yang unik, kecuali aku... (obviously i'm not pay attention enough to the instruction given) ='(
Tapi tu cerita dulu, origami hari ni dah jadi sesuatu yang biasa. Mari cuba seni melipat kertas yang lebih menarik.