Dikatakan sebagai 'kalkulator saintifik tertua dalam sejarah', Antikythera Mechanism yang dibina seawal 100 tahun BC telah membengongkan kepala para pengkaji dan para saintis mengenai fungsinya tatkala ditemui pada 1900–1901. Berdekad kemudian, para saintis bersependapat bahawa Antikythera Mechanism adalah suatu device yang digunapakai untuk mengkaji ilmu astronomi. Apa yang misterinya ialah, kejuruteraan mekanikal yang dilengkapi gear dan struktur secanggih itu tidak sepatutnya wujud sehingga 1000 tahun kemudian! Malah, tiada seorang pengkaji pun yang benar-benar konfiden dengan fungsi sebenar mesin tersebut kerana dikatakan pada zaman ia dicipta, manusia belum lagi meneroka hukum graviti mahupun ilmu anatomi, apatah lagi ilmu astronomi.
Linkin Park jarang-jarang gagal menampilkan video klip yang awesome. Salah satu sebab aku minat LP adalah kerana visual side mereka yang unik, kreatif, dan segar. Buat ketiga kalinya, Micheal Bay telah memilih LP untuk menyanyikan lagu tema filem Transformers : Dark Of The Moon. Justeru, dengan mengetengahkan lagu 'Iridescent'(yang diubah sedikit dari versi asal), LP kembali dengan video klip yang super cool.
Ini memang serius. Blog serius telah mengekalkan tahap keseriusan aku pada tahap yang selamat buat sekian lama. This is my favourite blog, my source of inspiration. I love blog serius, I hope Mr. Obe will continue provide us entertaining information. HAPPY BIRTHDAY BLOG SERIUS!
The World At Night, atau TWAN telah mengumumkan Stephane Vetter sebagai pemenang bagi kategori 'Beauty of the Night Sky' dalam satu peraduan '2011 International Earth and Sky Photo Contest on Dark Skies Importance' yang mereka anjurkan. TWAN yang mempelopori program fotografi panorama indah alam maya telah memilih fotografi Stephane Vetter dari ribuan penyertaan dari 30 negara di seluruh dunia. Sangat AWESOME!!!
Fotografi oleh Stephane Vetter 'A Starry Night Of Iceland'
Fotografi oleh Thomas Kurat 'Alps At Night'
Fotografi oleh Mehdi Momenzadeh 'Isfahan Milky Way'
Seorang nelayan terkejut apabila jala yang dipasangnya telah memerangkap seekor lobster berwarna biru. Blair Doucette, nelayan selama 35 tahun berkata beliau telah melihat bermacam-macam jenis lobster dengan pelbagai warna seperti merah, jingga dan merah-jingga, tetapi bukan biru!
Dikatakan bahawa lobster ini mengalami 'genetic disorder' (mungkin juga mutasi) yang mengakibatkan warna pigmen (kulit) menjadi warna biru.
Blair Doucette tidak merancang untuk menjual mahupun 'meratah' lobster unik yang ditemuinya, malah beliau bercadang untuk mendermakannnya kepada aquariam tempatan. Cool guy!
Pernah tak korang duduk minum dekat R&R, lepas tu korang bangun nak beli nasi lemak. Bila korang kembali ke tempat duduk tadi, kelihatan mak cik bedah sekeluarga sedang bersantai di tempat duduk korang. Kini tidak lagi dengan produk inovatif dari negara Isketambola.
Memperkenalkan... (Drum roll).
'Seat Savers!'
P/S - Dengan cara ini, Mak Cik Bedah sekeluarga pasti akan hampa dan anda boleh kembali menikmati nasi lemak anda dengan penuh rasa angkuh dan riak. Yeah!