Wednesday, June 22, 2011

Ini Sangat Awesome : Video Flashmob Zombie & Ninja

Aktiviti flashmob kini menjadi trend hangat di kalangan belia masa kini. Baru-baru ni di Kolej PTPL pun ada mencetuskan flashmob. Kat Youtube, korang boleh jumpa macam-macam jenis flashmob, seperti freeze, dancing malah air guitar. Antara flashmob yang aku suka adalah flashmob zombie dan flashmob ninja. Video ada kat bawah tu. Oh, kepada sesiapa yang tak tahu pasal flashmob tu, sila klik sini.


Nota ekstra : Kalau korang berminat nak mengikuti team flashmob tempatan "LOULpop Flash Mob", sila klik sini.  'Like' by Farzana Farzanto. <3


FLASH MOB ZOMBIE





KLIK READ MORE UNTUK LAPORAN LANJUT

Ini Sangat Cool : Set Pisau Voodoo

Anda suka memasak? Anda suka mengamalkan ilmu santet Voodoo? Atau anda dah bosan tengok dapur anda yang tak menarik langsung dan inginkan suatu kelainan?

Memperkenalkan, Set Pisau Voodoo!





Boleh didapati dalam pelbagai warna. Kini anda boleh voodoo dan santet kawan-kawan anda sambil memotong ikan. PROFIT!



Nak tempah satu set? Klik ORDER

Ini Sangat Cute : Anak-Anak Kecil Pelarian Afghanistan (9 Gambar)

Korang selalu tengok gambar budak-budak comel, bersih dan dalam keadaan serba selesa? Post kali ini aku bagi korang tengok serba sedikit gambar budak-budak comot pelarian Afghanistan yang hidup di kem dalam keadaan serba daif dan kekurangan. Adakah mereka cute di mata anda?



Tuesday, June 21, 2011

Ini Sangat Awesome : Siapa Nak Bida Jaket Michael Jackson?

Holy Awesome!


Jaket merah berjalur hitam ikonik milik mendiang Michael Jackson akan dilelong dalam upacara lelong Music Icons Exhibition selama 2 hari di Julien’s Auction Gallery di Beverly Hills. Jaket yang pernah digunakan dalam video klip "Thriller" tersebut adalah antara 600 item yang bakal dilelong termasuk item milik The Beatles, Madonna dan Lady Gaga, Frank Sinatra, Elvis dan Justin Bieber. WAIT! Justin Bieber??? FFFFFFUUUUUUUUUUUU....


Jaket yang dianggarkan bernilai $200,000 hingga $400,000 itu bakal dijual dan hasilnya akan dimanfaatkan untuk membiayai kos penyelenggaraan dua ekor harimau Bengal milik mendiang yang bernama "Thriller" dan "Sabu" yang kini di pelihara di 'The Shambala Preserve'.


Lelongan akan berlangsung Jun 25 dan 26 ini.


Kalau aku banyak duit, aku beli jaket ni. Gerenti automatik boleh MOONWALK! PROFIT!!!!


Sumber

Ini Sangat Cute : Kucing Memakai Tali Leher (8 Gambar)

Waaaaa... Banyak sangat entry serius, sampai nak jadi macam blog serius dah. Ops! LOL! So, ini post yang simple pimple. Entry pasal kucing jiran ko yang suke memakai tali leher. Weh, kucing ade leher ker weh? LOL 2.0.






KLIK READ MORE UNTUK LAPORAN LANJUT

Ini Sangat LOL : Rompak $1 Dari Bank Untuk Masuk Penjara

Bagi sesetengah orang, duit adalah segala-galanya. Namun bagi Verone, 59, kesihatan adalah yang paling utama. Nasib malang menimpa beliau sejak kehilangan kerja sebagai Coca-Cola 'deliveryman' akibat kemelesetan ekonomi. Beliau lalu menjadi pemandu trak, namun kerjaya itu tidak kekal. Verone kemudiannya bekerja di kedai sebeneka, namun tugasan berat di situ menyababkan tubuhnya sakit, terutama di bahagian belakang. Dada beliau juga sering sakit yang teramat sangat seperti di tikam.

Untuk tidak membebankan lagi adik-beradiknya, Verone nekad merompak bank, untuk $1. Beliau dengan tampannya mengadap kerani bank dan menghulurkan nota 'ugutan' menuntut $1 dan duduk lepak sambil menunggu polis datang. Kerani bank tersebut teramat gerun sampai terpaksa dipapah ke hospital, manakala Verone langsung diheret ke penjara, just as planned. WIN!

Di penjara, Verone kini berpeluang bertemu jururawat dan dia dijadulkan bertemu doktor pada hari Jumaat. Beliau juga berharap pembedahan ke atas kakinya dapat dijalankan dan sakit dadanya dapat diubati.

Kerana hanya $1, hakim mendakwa beliau hanya sebagai mencuri, bukan sebagai merompak bank. Verone yang bimbang hukuman penjara ke atasnya disingkatkan merancang untuk mengugut mahkamah untuk 'merompak' bank sekali lagi. LOL!

Bagi sesetengah orang, ini mungkin satu tindakan bangang, tetapi bagi aku, he just made a bad decision out of other worst option.

"Meh sini singgit... Grrrrr...!"

Ini Sangat LOL : Orang Indonesia Kalis Marah? Benarkah???

Sebuah rancangan televisyen Jepun menyatakan bahawa orang Indonesia sebagai 'paling-susah-nak-marah' (WHAT?). Ini dibuktikan melalui sebuah rakaman video yang mengambil tempat di Bali di mana seorang pelawak Jepun Udo Suzuki beraksi nakal dengan mengenakan penduduk tempatan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan meletupkan belon, menumpahkan air dan memotong barisan semasa di kaunter bayaran di kedai runcit.

ANEHNYA, tiada seorang pun yang marah dengan aksi-aksi provokasi tersebut. (WHAT? 2.0)


try to make them angry by cicacocadou3

P/S : Japanese, next time, try claim 'Tarian Barongan" is Japanese dance. PROFIT!
P/S 2 : LOL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...