Monday, June 27, 2011

Ini Sangat Fakta : Berapakah Nilai Organ Kita?

Organ sihat yang terkandung dalam tubuh kita amat tinggi nilainya. Kewujudnya permintaan tinggi terhadap organ-organ ini telah menyebabkan berlakunya penjualan, pencurian dan pemerdagangan organ yang ternyata salah dari segi undang-undang dan etika. Mari kita teliti berapa nilai organ kita dari aspek berbeza.

(Klik pada gambar untuk Zoom)

Ini Sangat Cool : Lagi Fakta Mengenai Facebook

OMG... Lihat betapa besar pengaruh Facebook ke atas umat manusia di zaman ini.


Ini Sangat OUCH! : Cheerleader Jatuh Tersembam Semasa Persembahan

Yaey! Hooray..! Jump! OUCH!



That's gotta be really hurt....

Ini Sangat Awesome : Angry Birds Board Game "Knock On Wood"

Weeeeoooooo..... BAM!!!

Kegilaan terhadap permainan Angry Birds terus menjadi-jadi. Yang terbaru, anda boleh membina sendiri pertarungan Angry Birds anda dalam "Angry Birds Board Games, Knock-On-Wood".

Build, Launch ,and DESTROY!

Dengan merujuk kepada mission card yang dibekalkan, seorang pemain akan membina struktur dan menetapkan burung-burung yang akan digunakan oleh pemain lawan dalam suatu pusingan. Sebaik struktur siap dibina, letak Angry Birds dalam lastik dan BAM!!! Hapuskan babi hijau itu!!!!





P/S : Kepada peminat fanatik Angry Birds, permainan ini dicipta untuk anda. Dapatkan sekarang dengan harga $24. RM? Kira sendiri. Kthankxbye.

Sumber

Sunday, June 26, 2011

Ini Sangat Awesome : Jerung 'Spinner' Meloncat Melintasi Peluncur Ombak

"WAO!!! DID YOU SEE THAT???"

Jacob Langston terkujat apabila mendapati imej seekor jerung meloncat ke permukaan laut mengatasi peluncur ombak kelihatan dalam video yang dirakamkannya. Jacob langsung tidak menyedari kelibat jerung 'spinner' sepanjang empat kaki itu sehinggalah dia pulang ke rumah dan memeriksa rakamannya.

 
Kelibat jerung Spinner kerap ditemui di kawasan tersebut dan aksinya telah banyak dirakam oleh pengunjung pantai. Spinner tidak  mengancam nyawa malah giginya hanya mampu mengunyah ikan kecil. Namun sekali terkena gigitan, pasti meninggalkan bekas. NGAPPPP!
Sumber

Ini Sangat LOL : Planking Untuk Menggesa Orang Ramai Keluar Mengundi (7 Gambar)

Kreatif + Sempoi...

Di Thailand, satu kumpulan planking yang diberi nama 'Planking Thailand' telah mem-planking-kan diri mereka di merata-rata tempat di ibu kota bagi menggesa orang ramai supaya keluar mengundi sempena Kempen Pilihan Raya Umum Thailand yang bakal berlangsung pada 3 haribulan Julai ini. Planking yang dihasilkan kumpulan ini biasanya dalam formasi 'X' sebagai simbol mengundi. Walaupun aksi mereka kelihatan bangang dan sedikit tolol, namun ia dipercayai  sedikit sebanyak akan meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya golongan muda mengenai kepentingan mengundi. Kesungguhan mereka adalah suatu WINRAR!

Info : Planking


SILA KLIK READ MORE UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA

Ini Sangat Cute : Skill Sang Beruk Menunggang Sang Babi (5 Gambar)

Yeeeeeeehhaaaaaaaaaa!

Ini mungkin berita lama, tapi masih lagi comey. Seekor anak beruk bernama Miwa mencetuskan suasana gamat di Fukuchiyama Zoo, Kyoto apabila beliau (beliau?) memaparkan aksi terlampau menakjubkan dengan menunggang seekor babi liar. Aksi 'rodeo' tersebut telah menarik ramai pengunjung malah wartawan ke zoo untuk menyaksikan sendiri 'kecomelan' yang tercetus.

Miwa adalah anak beruk yang yatim piatu menganggap babi liar yang ditunggangi sebagai ibunya, justeru membuatkan ia berpaut kukuh pada belakang babi tersebut. Miwa juga tertarik kepada wanita penjaga kaunter tiket. Bila mana ia tidak menunggang babi, ia akan tidur di dalam pangkuan wanita tersebut.



SILA KLIK READ MORE UNTUK BERITA SELANJUTNYA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...