Friday, September 30, 2011

Ini Sangat Jepun : 10 Juta Yen Ditemui Di Dalam Tandas OKU

Duit duit duit ~

Di tandas tempatan, kita biasanya akan temui najis dan sampah sarap yang bergelimpangan. Berbeza dengan insiden di tandas di bangunan majlis perbandaran Sakado, Jepun, sebungkus plastik dengan beberapa ikat wang kertas bernilai 10 Juta Yen telah ditemui. Selain itu, sepucuk nota yang dipercayai ditulis pemilik wang berkenaan menyatakan bahawa beliau hidup sendirian dan wang tersebut adalah untuk tujuan derma kebajikan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam tsunami di kawasan sekitar Tohoku.

Sungguh murni niat penderma itu. Cuma teknik yang beliau aplikasikan tidak begitu sesuai. Nasib baik Jepun dihuni oleh rakyatnya yang jujur dan amanah. Wang tersebut telah di serahkan kepada pihak polis (juga jujur dan amanah) dan pemilik wang tersebut diminta tampil menuntut kembali wang beliau. Andainya tiada sesiapa menuntut dalam masa tiga bulan, maka wang tersebut akan menjadi hak majlis perbandaran dan bakal digunakan  untuk tujuan amal.

Kalau korang jumpa pulak camane eh? Ce cite ce cite ~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...