Pernah ada member bertanya,
"Macam mane eh, Facebook boleh kaya giler babeng?" Jawapannya simple pimple jer.
"ADVERTISING..."
Yup, Facebook menjana pendapatan utama mereka melalui pengiklanan (selain penjualan produk maya (virtual gift) dan permainan (Farmville etc.))
"Iklan? Tapi.. tapi aku tak pernah klik pun mane-mane iklan kat Facebook, dan aku tak pernah tengok sape-sape pun klik iklan kat Facebook. Errr... Macam mane pulak tu ye???"
Suzanne Williams, kakitangan firma XYZ berkata, "Saya bekerja dengan syarikat yang membelanjakan beberapa ribu dollar sehari hanya untuk pengiklanan di Facebook sahaja. Ia menghampiri tiga suku dari satu juta dollar peruntukan syarikat untuk iklan Facebook setahun dan kita hanyalah salah satu syarikat (dari beribu-ribu syarikat yang lain).
Kome akan terperanjat dengan betapa banyaknya jumlah click yang kami perolehi. Pelaburan kami kepada Facebook memang berbaloi-baloi yo..." kata beliau sambil menari poco-poco tanpa batasan.
Anda boleh bayangkan persamaan antara Facebook dan siaran tv swasta TV3. Kedua-duanya menawarkan perkihidmatan secara percuma, namun kedua-duanya sarat dengan iklan. Cuma iklan di Facebook lebih proper, less annoying dan kena pada tempatnya.
"Korang percayalah si Miqa ni melalut... Bukannya betul pun. Lepak mamak lagi bessst,"
Rujuk gambar gajah di bawah untuk jumlah pendapatan FB mengikut tahun :-
Klik
sini untuk maklumat terlanjur mengenai pendapatan Facebook
Klik
sini untuk Wiki Facebook
Klik
sini untuk Wiki Mark Zuckerberg