Saturday, July 23, 2011

Ini Sangat Tragedi : Kem Belia Di Norway Jadi Medan Pertumpahan Darah (92 Jiwa Terkorban)

Gua tak dapat memikirkan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kejahatan dan penganiayaan yang dilakukan ke atas para belia di Norway. Seramai lebih 92 orang remaja dilaporkan mati akibat 'massacre' yang berlaku di sebuah pulau di Norway. Suspek yang berpakaian seragam polis mendekati para peserta lalu berkata "saya anggota polis, saya di sini untuk membantu..." sebelum menembak secara rambang ke arah mereka mengakibatkan suasana tenang dan damai bertukar menjadi huru-hara dan kacau bilau.


Bagai dirasuk syaitan, berpuluh-puluh remaja telah ditembak mati dalam masa yang singkat. Suspek dikatakan telah masuk ke dalam khemah di mana terdapat ramai mangsa yang cuba bersembunyi, men-zip-kan khemah sebelum menembak mati kesemua mangsa. Suspek turut menembak mati para peserta yang cuba berenang ke laut untuk menyelamatkan diri. Sangat SADIS!


Adrian Pracon, petugas di kem berkenaan yang terkena tembakan di bahagian bahu sempat melihat bagaimana kawan-kawannya ditembak mati di depan matanya. Ketika ditemuramah di hospital di Oslo, beliau memberitahu wartawan bahawa suspek memekik "kamu semua akan mati, semua akan berakhir dengan mati!"


+ Suspek walaubagaimanapun telah di tahan bersama sebilah pisau di sebuah hotel berhampiran, di mana berhimpunnya ramai mangsa tragedi yang terselamat.


Lokasi Pulau

Suasana damai sebelum tragedi tercetus






Ini Sangat LOL : 'Mark Zuckerberg' Tidak Boleh Mendaftar Facebook

Lough Out Loud! Memang mengejutkan, tapi ini adalah kenyataan. Hehe ~

Durasi video : 1.06 Minit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...