Friday, September 30, 2011

Ini Sangat Mewah : Wanita Ini Lebih Kaya Dari Oprah Winfrey?

Girls power goes to China!

Daripada 28 wanita terkaya di dunia, 18 darinya adalah wanita dari China. Daripada 10 wanita terkaya di dunia, 7 di antaranya adalah wanita warga China. Oprah Winfrey menduduki tangga ke lapan dengan harta berjumlah $2.7 billion.

What the...?

Wanita bernama Wu Yajun ini adalah wanita paling berkuasa di dunia dari segi harta dengan jumlah $3.9 billion seperti yang dilaporkan Forbes.com. Beliau yang menjalankan bisnes hartanah bersama suami beliau walalubagaimanapun menduduki tangga ke #232 dalam carta keseluruhan.



You jelly Oprah?


Sumber

Ini Sangat Kreatif : Kayu Balak Diubahsuai Jadi Dock iPhone (Speaker +)

So, korang pernah tengok macam-macam jenis iPhone / iPod dock dengan berbagai bentuk dari berbagai jenama. Itu semua dah biasa dan tidak lagi 'cool'. So, dock apa yang cool?

(Bukan cekodok tapi ~) Tree trunk iPhone dock.


Harga belum ditentukan. =D
P/S - Problem Android?

Sumber

Ini Sangat Awesome : Ford Explorer Dibuat Daripada LEGO! JPJ Not Approved!

Sempena pembukaan sekolah memandu kanak-kanak di Ford Driving School di Legoland Florida, sebuah Ford Explorer yang dibina sepenuhnya menggunakan Lego telah di pamerkan. Ia dibina oleh 22 orang, dalam 2,500 jam menggunakan 380,000 ketul Lego. Awesome kan...?



Sumber

Ini Sangat LOL : Lawak Dewasa. Untuk 18 Tahun Dan Ke Atas. (Tentang Kayak)

FFFFFFUUUUUUUUUUUUUUU..........

Ini Sangat Jepun : 10 Juta Yen Ditemui Di Dalam Tandas OKU

Duit duit duit ~

Di tandas tempatan, kita biasanya akan temui najis dan sampah sarap yang bergelimpangan. Berbeza dengan insiden di tandas di bangunan majlis perbandaran Sakado, Jepun, sebungkus plastik dengan beberapa ikat wang kertas bernilai 10 Juta Yen telah ditemui. Selain itu, sepucuk nota yang dipercayai ditulis pemilik wang berkenaan menyatakan bahawa beliau hidup sendirian dan wang tersebut adalah untuk tujuan derma kebajikan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam tsunami di kawasan sekitar Tohoku.

Sungguh murni niat penderma itu. Cuma teknik yang beliau aplikasikan tidak begitu sesuai. Nasib baik Jepun dihuni oleh rakyatnya yang jujur dan amanah. Wang tersebut telah di serahkan kepada pihak polis (juga jujur dan amanah) dan pemilik wang tersebut diminta tampil menuntut kembali wang beliau. Andainya tiada sesiapa menuntut dalam masa tiga bulan, maka wang tersebut akan menjadi hak majlis perbandaran dan bakal digunakan  untuk tujuan amal.

Kalau korang jumpa pulak camane eh? Ce cite ce cite ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...