Wednesday, June 8, 2011

Ini Sangat Comel : Rumah Tumpangan Anjing Gergasi

LOL, jangan salah anggap. Ini bukan rumah tumpangan untuk anjing gergasi. Tetapi ini adalah 'guesthouse' unik yang dibina oleh artis 'chainsaw' Dennis Sullivan dan isterinya Frances Conklin. Dennis & Frances mula mengukir miniatur anjing jenis beagle sepenuh masa sejak 28 tahun yang lalu telah membina rumah tumpangan yang diberi nama 'Sweet Willy' atau 'Dog Bark Park Inn' yang kini menjadi arkitektur popular di kalangan pelancong dan pengembara di Amerika.




Bukan sekadar rumah tumpangan biasa, Sweet Willy menawarkan pengalaman penginapan yang menarik. Dengan bayaran $92 semalam, anda akan disediakan bilik rehat yang selesa serta homemade granola dan pastries selain berpeluang menghayati koleksi miniatur beagle karya Dennis & France yang sememangnya unik.







Untuk booking, sila ke sini...

P/S - Adakah orang Islam perlu ssssss....samak selepas menginap kat sini...? LOL


Ini Sangat LOL : Ex-Boifren Sewa Billboard Mengutuk Pengguguran Bayi

ALAMOGORDO dikejutkan dengan kelantangan seorang lelaki yang menyewa satu billboard mengecam tindakan ex-girlfren beliau yang menggugurkan bayi mereka tanpa persetujuannya. Billboard yang bertulis "This Would Have Been A Picture Of My 2-Month Old Baby If The Mother Had Decided To Not KILL Our Child!" itu telah mencetuskan pertelagahan dan debat antara 'kebebasan bersuara' dan 'hak peribadi'.






Greg Fult, 35 tahun dari New Mexico telah disaman oleh bekas aweks beliau, Nani Lawrence atas alasan melanggar 'hak privacy' dan mahkamah telah mengarahkan billboard tersebut diturunkan segera. Walaubagaimanapun, Gerg dan peguamnya akan mempertahankan tindakan beliau atas alasan 'kebebasan bersuara'. 


- Menurut rakan Nani pula, dia mengalami 'miscarriage' dan bukannya sengaja menggugurkan kandungan tersebut. Hmm...


Sama ada 'kebebasan bersuara' atau 'hak peribadi', bagi aku ini semua berpunca dari masalah komunikasi dan kurang rasa hormat menghormati. Kepada Greg dan Nani, sila dengar lagu 'Kekanda Adinda' nyanyian Loque dan Atilia. LOL...


Sumber

Awek Belanda (Cute) Goreng Lagu 'Blackened' (Metallica)

Ini memang betul-betul Girl Powder! Eh, Girl Power... Yeah!



P/S - She is a die hard fan of Metallica! Real die hard!

P/S 2 - She is my girlfriend (LOL)

10 Fakta Menarik Mengenai Angry Birds

Aku salah seorang peminat permainan Angry Birds dan Angry Birds adalah peminat aku (ok ~).. Dari pada sebuah permainan mobile digital yang biasa, Angry Birds tiba-tiba mencetus fenomena apabila 12 juta salinan permainan tersebut telah dirembat (beli la maksudnye tu) dari Apple's Apps store.




Setelah aku selidik, rupa-rupanya ada beberapa fakta menarik (kalau korang rasa tak menarik tak taulah...) di sebalik kejayaan Angry Birds. Hmm...

  1. Angry Birds dibangunkan oleh sekumpulan empat orang staff dan mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan kerana ia dianggap sebagai permainan yang picisan kepada syarikat.
  2. Kos untuk membangunkan permainan ini kurang dari £70,000. Kira murah la tu. Game lain makan juta-juta (agaknye).
  3. Antara peminat Angry Birds termasuklah selebriti popular seperti David Cameron, Paul Gascoigne, Kylie Minogue, Conan O’Brien dan Jon Hamm, Mad Men’s Don Draper.
  4. Ia terjual lebih tujuh juta salinan pada iPhone sahaja.
  5. Permainan Angry Birds akan dimuatkan di Facebook pada tahun ini (2011).
  6. Pengeluar permainan mobile, Rovio Mobile telah menghasilkan lebih 50 buah game dengan kejayaan kecil sebelum mendapat durian runtuh dengan Angry Birds.
  7. Angry Birds versi beta untuk Android dimuat turun lebih 1 juta kali dalam masa 3 minggu.
  8. 20 jenis boneka Angry Birds akan menyerang pasaran pada tahun ini (2011).
  9. Peter Vesterbacka, jurucakap rasmi Rovio menyandang jawatan yang diberi nama 'Mighty Eagle'.
  10. Salah seorang penguji permainan Rovio digelar 'Rovio Killer' kerana terlalu teruk dalam permianan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...