Setelah aku selidik, rupa-rupanya ada beberapa fakta menarik (kalau korang rasa tak menarik tak taulah...) di sebalik kejayaan Angry Birds. Hmm...
- Angry Birds dibangunkan oleh sekumpulan empat orang staff dan mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan kerana ia dianggap sebagai permainan yang picisan kepada syarikat.
- Kos untuk membangunkan permainan ini kurang dari £70,000. Kira murah la tu. Game lain makan juta-juta (agaknye).
- Antara peminat Angry Birds termasuklah selebriti popular seperti David Cameron, Paul Gascoigne, Kylie Minogue, Conan O’Brien dan Jon Hamm, Mad Men’s Don Draper.
- Ia terjual lebih tujuh juta salinan pada iPhone sahaja.
- Permainan Angry Birds akan dimuatkan di Facebook pada tahun ini (2011).
- Pengeluar permainan mobile, Rovio Mobile telah menghasilkan lebih 50 buah game dengan kejayaan kecil sebelum mendapat durian runtuh dengan Angry Birds.
- Angry Birds versi beta untuk Android dimuat turun lebih 1 juta kali dalam masa 3 minggu.
- 20 jenis boneka Angry Birds akan menyerang pasaran pada tahun ini (2011).
- Peter Vesterbacka, jurucakap rasmi Rovio menyandang jawatan yang diberi nama 'Mighty Eagle'.
- Salah seorang penguji permainan Rovio digelar 'Rovio Killer' kerana terlalu teruk dalam permianan.
2 comments:
i like, angry birds seasons nak abis ni..
Next, AB Rio... =3
Post a Comment