Wednesday, June 8, 2011

10 Fakta Menarik Mengenai Angry Birds

Aku salah seorang peminat permainan Angry Birds dan Angry Birds adalah peminat aku (ok ~).. Dari pada sebuah permainan mobile digital yang biasa, Angry Birds tiba-tiba mencetus fenomena apabila 12 juta salinan permainan tersebut telah dirembat (beli la maksudnye tu) dari Apple's Apps store.




Setelah aku selidik, rupa-rupanya ada beberapa fakta menarik (kalau korang rasa tak menarik tak taulah...) di sebalik kejayaan Angry Birds. Hmm...

  1. Angry Birds dibangunkan oleh sekumpulan empat orang staff dan mengambil masa selama lapan bulan untuk disiapkan kerana ia dianggap sebagai permainan yang picisan kepada syarikat.
  2. Kos untuk membangunkan permainan ini kurang dari £70,000. Kira murah la tu. Game lain makan juta-juta (agaknye).
  3. Antara peminat Angry Birds termasuklah selebriti popular seperti David Cameron, Paul Gascoigne, Kylie Minogue, Conan O’Brien dan Jon Hamm, Mad Men’s Don Draper.
  4. Ia terjual lebih tujuh juta salinan pada iPhone sahaja.
  5. Permainan Angry Birds akan dimuatkan di Facebook pada tahun ini (2011).
  6. Pengeluar permainan mobile, Rovio Mobile telah menghasilkan lebih 50 buah game dengan kejayaan kecil sebelum mendapat durian runtuh dengan Angry Birds.
  7. Angry Birds versi beta untuk Android dimuat turun lebih 1 juta kali dalam masa 3 minggu.
  8. 20 jenis boneka Angry Birds akan menyerang pasaran pada tahun ini (2011).
  9. Peter Vesterbacka, jurucakap rasmi Rovio menyandang jawatan yang diberi nama 'Mighty Eagle'.
  10. Salah seorang penguji permainan Rovio digelar 'Rovio Killer' kerana terlalu teruk dalam permianan.

2 comments:

ahloy said...

i like, angry birds seasons nak abis ni..

MIQA said...

Next, AB Rio... =3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...