Thursday, June 9, 2011

Ini Sangat Awesome : Fotografi Langit Malam

The World At Night, atau TWAN telah mengumumkan Stephane Vetter sebagai pemenang bagi kategori 'Beauty of the Night Sky' dalam satu peraduan '2011 International Earth and Sky Photo Contest on Dark Skies Importance' yang mereka anjurkan. TWAN yang mempelopori program fotografi panorama indah alam maya telah memilih fotografi Stephane Vetter dari ribuan penyertaan dari 30 negara di seluruh dunia. Sangat AWESOME!!!


Fotografi oleh Stephane Vetter 'A Starry Night Of Iceland'

Fotografi oleh Thomas Kurat 'Alps At Night'

Fotografi oleh Mehdi Momenzadeh 'Isfahan Milky Way'

Ini Sangat Aneh : Lobster Berwarna Biru

Seorang nelayan terkejut apabila jala yang dipasangnya telah memerangkap seekor lobster berwarna biru. Blair Doucette, nelayan selama 35 tahun berkata beliau telah melihat bermacam-macam jenis lobster dengan pelbagai warna seperti merah, jingga dan merah-jingga, tetapi bukan biru!



Dikatakan bahawa lobster ini mengalami 'genetic disorder' (mungkin juga mutasi) yang mengakibatkan warna pigmen (kulit) menjadi warna biru.



Blair Doucette tidak merancang untuk menjual mahupun 'meratah' lobster unik yang ditemuinya, malah beliau bercadang untuk mendermakannnya kepada aquariam tempatan. Cool guy!


Ini Sangat Pintar : Seat Savers

Pernah tak korang duduk minum dekat R&R, lepas tu korang bangun nak beli nasi lemak. Bila korang kembali ke tempat duduk tadi, kelihatan mak cik bedah sekeluarga sedang bersantai di tempat duduk korang. Kini tidak lagi dengan produk inovatif dari negara Isketambola.

Memperkenalkan... (Drum roll).

'Seat Savers!'







P/S - Dengan cara ini, Mak Cik Bedah sekeluarga pasti akan hampa dan anda boleh kembali menikmati nasi lemak anda dengan penuh rasa angkuh dan riak. Yeah!

Rujukan

Ini Sangat Cute : Dakota Fanning

Dia pernah meraih anugerah sebagai Screen Actors Guild Award paling muda pada tahun 2002. Ketika itu beliau baru berusia tujuh tahun (masa korang umur tujuh tahun korang dapat apa?)




Populariti gadis cilik ini terus mencanak naik selepas membintangi siri 'Twilight : New Moon' disamping Robert Pattison dan Kristen Stewart. Beliau kini telah melonjak usia tujuh belas tahun.




Klik laporan penuh untuk lagi gambar dan berita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...