Untuk tidak membebankan lagi adik-beradiknya, Verone nekad merompak bank, untuk $1. Beliau dengan tampannya mengadap kerani bank dan menghulurkan nota 'ugutan' menuntut $1 dan duduk lepak sambil menunggu polis datang. Kerani bank tersebut teramat gerun sampai terpaksa dipapah ke hospital, manakala Verone langsung diheret ke penjara, just as planned. WIN!
Di penjara, Verone kini berpeluang bertemu jururawat dan dia dijadulkan bertemu doktor pada hari Jumaat. Beliau juga berharap pembedahan ke atas kakinya dapat dijalankan dan sakit dadanya dapat diubati.
Kerana hanya $1, hakim mendakwa beliau hanya sebagai mencuri, bukan sebagai merompak bank. Verone yang bimbang hukuman penjara ke atasnya disingkatkan merancang untuk mengugut mahkamah untuk 'merompak' bank sekali lagi. LOL!
Bagi sesetengah orang, ini mungkin satu tindakan bangang, tetapi bagi aku, he just made a bad decision out of other worst option.
"Meh sini singgit... Grrrrr...!" |
No comments:
Post a Comment