Sunday, September 18, 2011

Ini Sangat Cute? : Lolong Si Buaya Gergasi Jadi Selebriti Di Filipina

Di dakwa sebagai buaya air masin paling besar di dunia, Lolong kini menjadi tarikan kepada penduduk tempatan selepas di tempatkan di sebuah lokasi khas untuk tatapan orang ramai. Bermula hari ini, dengan membayar 20 pesos (46 cents) pengunjung boleh berinteraksi melihat sendiri raksasa sepanjang 6.4 meter di dalam sebuah taman yang baru dibina di Bunawan.

Lolong dikatakan bakal mendapat kawan yang jauh lebih besar tidak lama lagi. Datuk bandar Bunawan mengesahkan bahawa aktiviti memburu seekor lagi buaya gergasi itu akan bermula pada Oktober depan.

"Buayo ni pak cik punyo! Pak cik tak kiro... Pak cik nak bawak balik jugak. Let's go home Fluffy!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...