Thursday, September 15, 2011

Ini Sangat Tragedi : Kemalangan Keretapi Di Chennai India (Tren VS Tren)

Negara India memiliki jaringan rangkaian landasan keretapi terbesar di dunia. Namun begitu, mereka juga turut mengalami kadar kemalangan keretapi tertinggi di dunia. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja kemalangan keretapi berlaku.

Kebanyakan punca kemalangan adalah kerana "Human Error". Pemandu keretapi langsung tidak menghiraukan signal dan gagal mengikuti had kelajuan yang ditetapkan sampaikan keretapi tersebut boleh memecut sehingga 90 km/j di kawasan had laju hanya 15 km/j.

Tragedi kemalangan keretapi terbaru di Chennai pada 13 September lepas menyaksikan sebuah keretapi penumpang menghentam sebuah keretapi pengakut alat tulis menyebabkan 5 gerabak terbabas. Sekurang-kurangnya 9 orang maut dan 100 yang lain cedera.

Edit : Masa tulis entry ni aku ada kat kedai mamak. Seorang pekerja kedai datang dan tanya pasal kejadian ni selepas ternampak aku entry ni. He look disappointed after I explain it to him ~








Sumber
Sumber 2

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...