Tuesday, September 20, 2011

Ini Sangat Awesome : Lagu Baru Evanescence, What You Want

Nah, everyone's favorite band (?) kembali dengan single terbaru.

Amy Lee's vocal still powerful.

Monday, September 19, 2011

Ini Sangat Cool : Semua Website 'Favorite' Dalam Satu Page

Korang suka melayari internet selama 24 jam, 7 hari seminggu? Leceh nak belek-belek bookmark untuk meng-klik website favorite korang?

Kini melayari laman web lebih mudah dengan www.lowgolink.com. Semua website kegemaran ramai dalam satu page. Hanya 'klik' dan jadikan website ini sebagai home-page korang. Mudah kan?



Ini Sangat LOL : Manual Memasang 'Lightsaber' Style IKEA

Pelanggan setia IKEA atau anda yang suka membelek manual IKEA pasti familiar dengan illustrasi dan karikatur seperti gambar di bawah. LOL ~
Sumber

Ini Sangat Awesome : Statistik, Populasi Umat Manusia Di Muka Bumi Hingga Pukul 1.30 Pagi Tadi


Ahah! ~ Bilangan umat manusia hampir mencecah 7 billion. Ramainya.... =D

Untuk statistik yang lebih terkini, sila lawati website worldometers.info. Di-update setiap detik!

Sumber

Sunday, September 18, 2011

Ini Sangat Cute? : Lolong Si Buaya Gergasi Jadi Selebriti Di Filipina

Di dakwa sebagai buaya air masin paling besar di dunia, Lolong kini menjadi tarikan kepada penduduk tempatan selepas di tempatkan di sebuah lokasi khas untuk tatapan orang ramai. Bermula hari ini, dengan membayar 20 pesos (46 cents) pengunjung boleh berinteraksi melihat sendiri raksasa sepanjang 6.4 meter di dalam sebuah taman yang baru dibina di Bunawan.

Lolong dikatakan bakal mendapat kawan yang jauh lebih besar tidak lama lagi. Datuk bandar Bunawan mengesahkan bahawa aktiviti memburu seekor lagi buaya gergasi itu akan bermula pada Oktober depan.

"Buayo ni pak cik punyo! Pak cik tak kiro... Pak cik nak bawak balik jugak. Let's go home Fluffy!"

Ini Sangat Tragedi : Video Pesawat Lumba Terhempas Dalam Sesi Perlumbaan Pesawat 'Reno Air Show'

50 cedera, 9 maut. Rakaman video oleh jurugambar amatur. =(

Ini Sangat Awesome : Kisah Si Pengumpul Koleksi Superman Yang Terencat (Awesome Rate : 9)

GRANITE CITY, Illinois. Mike Meyers yang bekerja part-time di sebuah restoran McDonald's adalah juga seorang pengumpul memorabilia / koleksi Superman yang tegar. Namun disebabkan beliau mempunyai kecacatan mental dan tinggal bersendirian, beliau telah ditipu dengan mudah oleh seorang yang tidak kenali, mengakibatan lebih 1,800 naskah komik Superman dan beberapa memorabilia kesayangan beliau yang bernilai lebih $5 ribu dirembat dicuri.

Tragedi yang melanda hidup Mike Meyers (48) langsung menjadi buah mulut orang ramai dan tersebar dengan luas di kalangan pengumpul / penggemar komik Superman di seluruh Amerika dan mereka lalu mengirimkan berkotak-kotak hadiah berupa komik dan memorabilia Superman sebagai tanda simpati kepada lelaki malang berkenaan. Antara yang turut mengrimkan hadiah adalah selebriti termasuk Jon Bogdanove, pelukis komik Superman "Man Of Steel" yang diterbitkan pada tahun 90-an.

Tidak lama kemudian, suspek yang mencuri komik Mike Meyers berjaya diberkas dalam satu kes rompakan barang kemas. Komik-komik yang dicurinya lalu dikembalikan kepada Mike. YEAY!

"Mereka sangat bermurah hati kepada saya. Saya juga harus bermurah hati kepada orang lain," ucap Mike Meyers yang berhasrat mendermakan lebihan koleksi Superman yang diterimanya kepada rumah kebajikan dan hospital kanak-kanak.

Mike memeriksa kotak-kotak hadiah dan surat yang diterimanya dari pengumpul koleksi Superman sepertinya dari seluruh Amerika.

"Saya malu nak cakap, tapi nama sebenar saya ialah Clark Kent"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...