GRANITE CITY, Illinois. Mike Meyers yang bekerja part-time di sebuah restoran McDonald's adalah juga seorang
pengumpul memorabilia / koleksi Superman yang tegar. Namun disebabkan beliau mempunyai
kecacatan mental dan tinggal bersendirian, beliau telah ditipu dengan mudah oleh seorang yang tidak kenali, mengakibatan lebih
1,800 naskah komik Superman dan beberapa memorabilia kesayangan beliau yang bernilai lebih
$5 ribu dirembat dicuri.
Tragedi yang melanda hidup Mike Meyers (48) langsung menjadi buah mulut orang ramai dan tersebar dengan luas di kalangan pengumpul / penggemar komik Superman di seluruh Amerika dan mereka lalu mengirimkan
berkotak-kotak hadiah berupa komik dan memorabilia Superman sebagai tanda simpati kepada lelaki malang berkenaan. Antara yang turut mengrimkan hadiah adalah selebriti termasuk
Jon Bogdanove, pelukis komik Superman "Man Of Steel" yang diterbitkan pada tahun 90-an.
Tidak lama kemudian, suspek yang mencuri komik Mike Meyers berjaya diberkas dalam satu
kes rompakan barang kemas. Komik-komik yang dicurinya lalu dikembalikan kepada Mike.
YEAY!
"
Mereka sangat bermurah hati kepada saya. Saya juga harus bermurah hati kepada orang lain," ucap Mike Meyers yang berhasrat mendermakan lebihan koleksi Superman yang diterimanya kepada rumah kebajikan dan hospital kanak-kanak.
Mike memeriksa kotak-kotak hadiah dan surat yang diterimanya dari pengumpul koleksi Superman sepertinya dari seluruh Amerika.
"Saya malu nak cakap, tapi nama sebenar saya ialah Clark Kent"